
Ketika ini,kita dapati bahawa para remaja dan belia khususnya mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di IPT awam mahupun swasta semakin sedar akan pentingnya nilai-nilai moral dan akhlak dalam kehidupan mereka.Kebanyakan pelajar kini lebih berdisiplin dan bertanggungjawab serta tidak membuang masa mereka dengan percakapan dan perbuatan yang tidak berfaedah.Selain itu,mereka juga dilihat mempunyai sikap yang proaktif dalam pelajaran mereka kerana agama telah mengajar supaya mencari ilmu pengetahuan serta mencapai kecemerlangan dalam hidup.Dalam al-Quran,ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w bermula dengan perkataan `iqra’ yang bermaksud bacalah.Ini menunjukkan bahawa Islam memberikan penilaian yang begitu tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan pembacaan.Sejarah Islam sendiri telah melihatkan bagaimana bangsa Arab yang berpecah belah,jahil dan tidak bertamadun yang hampir hancur pada abad ke-6 dapat bangkit semula setelah menerima Islam.Mereka turut berjaya menguasai seluruh bidang ilmu pengetahuan ketika bangsa Eropah berada dalam kegelapan.
Antara ciri mahasiswa dan mahasiswi yang bermoral ialah mereka haruslah berpegang teguh kepada Islam yang diturunkan oleh Allah SWT,mentaati dan menghargai kedua ibubapa mereka,mampu mengawal nafsu,sentiasa menghiasi dirinya dengan percakapan dan perbuatan yang baik samada dalam hubungan dengan Penciptanya,dengan ibu bapanya,dengan pensyarahnya,dengan rakannya atau dengan orang lain yang diperkenalkan kepadanya dan mahasiswa yang tegas dengan prinsipnya dan tidak akan menggadaikan prinsipnya bagi memenuhi kehendak nafsunya dan juga mahasiswa dan mahasiswi yang tidak melakukan segala aktiviti yang bertentangan dengan Islam.Sebenarnya,apa yang perlu bagi seseorang mahasiswa yang hendak menjadi mahasiswa yang bermoral dan berakhlak ialah dengan memulakan perubahan bermula daripada diri mereka sendiri.






























